

Daripada seorang pendidik, untuk seribu huffaz
Allahyarham Tn. Hj. Razikin Bin Omar — bekas Pengetua Sekolah Menengah Kubang Semang (kini SMK Penanti) — dikenali sebagai seorang pendidik yang berwibawa dan disegani, yang mengabdikan hidupnya membentuk pelajar dan memperkasa komuniti.
Pada tahun 2015, anaknya Pn. Susi Nurani Binti Razikin mewakafkan tanah seluas 1,174 meter persegi kepada MAINPP untuk kegunaan pelajar tahfiz — penyambung legasi perjuangan beliau. Di atas tanah inilah ATAR dibina.
Hari ini, bangunan sedia ada sedang diubah suai menjadi rumah hafazan — tempat lahirnya generasi huffaz, pemimpin dan pendakwah. Ia memerlukan tangan anda untuk disempurnakan.

Ilmu adalah warisan terbaik untuk generasi akan datang.— Allahyarham Tn. Hj. Razikin Bin Omar
Visi ATAR
Menjadi institusi pendidikan Al-Quran unggul bertaraf antarabangsa yang melahirkan generasi huffaz berilmu, berakhlak dan berdaya saing global.
- Melahirkan penghafaz Al-Quran berkualiti
- Membina sistem pendidikan Islam holistik
- Menjadi pusat rujukan komuniti
- Memperkasa jaringan pendidikan global
- Memberi peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat







